02/10/2009 09:12:00 PM
Sementara dia masih membisu
genap sehari,
bahagia semalam mula menghilang.
kau tanya,
"sampai bila kau mahu begini, sampai bila mahu kau tersampahkan?"
aku jawab,
sampai dia datang ke aku, dan cakap,
"sudah-sudahlah, mohon aku kau lupakan."
bila dia kata, akan aku dengar.
sementara dia masih membisu,
janganlah kau harap aku akan berhenti dari tersampahkan itu.
walau sehingga hina rupanya,
walau sehingga rabak coraknya,
walau sehingga kering jiwanya,
aku rela tersampahkan, aku rela tertolakkan.
sebab untuk dia,
apa-apa saja pun akan dilakukan.
apa-apa saja yang di dalam kawalan.
p/s: aku belum mahu mati, sebab, hati aku belum mati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wow, u r very good with words.
nd now my turn to kagum gila habis.
untuk nanae:
saya tidak sebagus mana, haha
Post a Comment