09/09/2009 20:44:00 PM
Buku falsafah orang lama
sejak beberapa hari lepas, aku mula berinteraksi rapat dengan beberapa dari mereka yang penting, mula mengenali hidup ini yang sangat di luar jangka dari spekulasi minda kanting. haa, ini fakta, aku bukan seorang yang ambil kesah, jujur. aku mungkin seorang pemikir sederhana dan seorang pemerhati kadang-kala, namun aku bukan seorang yang ambil kesah, bukan sekali. tak kesah mengenai perasaan orang, mahu orang, perlu orang, tak langsung. itu kelemahan agung aku. aku perlu ubah, perlu tukar itu.
sekarang, aku di dalam keadaan hidup yang paling sukar yang pernah aku rasai. kau mahu tahu yang hanya ada dua jenis manusia saja yang boleh melepasi suatu masa yang dirasakan paling sukar dalam hidupnya? satu ialah manusia yang paling pandai, kedua ialah manusia yang paling bodoh. apa terjadi jika kau bukan salah seorang darinya? jawapan: terperangkap di tengah. aku bukan yang terpandai, dan aku juga tidak mahu jadi yang terbodoh, aku cuma yang biasa, yang sederhana, yang di tengah, yang terperangkap dalam keadaan paling sukar dalam hidupnya. dan sikap ketidakkesahan aku, mungkin takkan banyak membantu. aku tak mahu salahkan diri, aku salahkan keadaan itu.
sila beri aku satu buku untuk dikaji sekarang, buku falsafah orang lama. aku mahu baca, mahu hayati, mahu fahami, mahu aplikasi. aku selalu tahu yang ini semua (hidup) adalah episod ulangan yang lalu. apa terjadi sekarang, pernah berlaku suatu masa dulu, cuma aku saja tak nampak, tak mahu nampak, kalau nampak pun tidak jelas ke-ternampakan-nya, lutcahaya garis sempadannya barangkali, hurm.
kau tahu, kadang-kadang, mungkin kau patut beri peluang pada mereka di sekeliling untuk beri penjelasan, terima kehadiran mereka, terima perkongsian rasa mereka, terima pendapat mereka. dengan ini, kau akan mula belajar banyak benda, dan kau akan mula sedar bahawa kau dan mereka tak punya banyak beza, ceritanya selalu sama. bila rasa tidak aman tertanam, bukan-lah patut untuk kau menyendiri dan terus memikir yang diri kau berkuasa semua, hebat segala, sebab memang faktanya kau memang tidak, tak sesempurna mana, terima itu. berkongsi memang perlu.
aku menasihati diri untuk menerima, untuk berpuas hati, untuk berada dalam kawalan setiap kali, dan paling maha hebat, untuk menyuruh diri ini berkongsi. tapi mungkin nasihat aku untuk diri kurang berkesan. boleh jadi, yang aku ini tak percayakan diri, atau tak sekuat mana mahu tangkis kata lali, atau tak seteguh mana mahu berdiri di atas kaki sendiri? aku tak mahu, aku takkan gembira macam itu.
sila beri aku satu buku untuk dikaji sekarang, buku falsafah orang lama. aku mahu baca, mahu hayati, mahu fahami, mahu aplikasi. mereka mungkin punya cerita yang pasti akan aku kagumi, iktibar untuk aku pelajari supaya tidak aku ulangi salah-salah itu lagi. mereka juga mungkin punya kata indah untuk jadi diselami, berserta analogi-analogi tradisi, wah, gemuruh aku dibuatnya.
kau patut tahu yang sejauh-jauh repekan itu adalah yang paling berkesan dan punya makna terdalam sebenarnya, berbanding kata-kata telus yang diucap depan-depan yang selalunya banyak yang buang masa, atau hanya tambah-tambah sakit di dada.
sila beri aku satu buku untuk dikaji sekarang, buku falsafah orang lama. aku mahu baca, mahu hayati, mahu fahami, mahu aplikasi. aku cuma mahu berhenti dari repekan ini, berhenti dari rasa bersalah ini, berhenti dari terus menanya soalan mati pada diri, aku cuma mahu berhenti; beri aku buku falsafah orang lama, sekarang? kalau tak jumpa juga, mungkin Al-Quran ada pegang jawapannya.
p/s: esok test bel26o, test debate; ahad rumah kiki, :D
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Cuba cari buku Al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun yang ada terjemahannya dlm BM atau BI.. membaca falsafah ttg kehidupan dan masyarakat, ttg politik dan pemerintahan, ttg manusia dan kemanusiaan. Ia menarik tentunya.
Us Ahmad Nawawi
untuk us:
baik, akan cuba dicari di ptdi nanti, :)
Post a Comment