06/09/2009 06:19:00 AM
Kau cuba memberontak
apa kau rasa bila kau mula hilang kepercayaan pada sesuatu, bila kau mula rasa sangsi dengannya, bila kau mula mempertikai kebenarannya? aku bukan bercerita tentang tuhan sekarang, aku bercerita tentang sesuatu; janji.
kau mungkin lafaz dengan cara luarsedar, dan tanpa kau sedari, sebenarnya yang membaca janji itu sendiri adalah seorang yang setia, mendoakan ia akan terjadi, benar-benar akan terjadi. mungkin kau sengaja, mungkin kau tidak, tapi dia dah baca, sudah memang lazim syarat janji, kau perlu tepati.
kalau kau mungkir, dan kau tak rasa apa-apa, kau memang tak berperasaan, sangat tak berperasaan, mungkin baik kau mati dari hidup, mati. in case kau nak mempersoal apa hak aku untuk suruh kau mati, take note please, aku cakap mengenai mungkin baik; kemungkinan, bukan patut, sila fahamkan.
okay, apa faktor menyebabkan diri itu meragui kau? mungkin sebab cara kau, atau percakapan kau, atau simply sebab kau memang meragukan dan tiada sebab untuk itu. dia disitu dah seperti mahu menjerit, kau pula berlakon tenang macam tiada apa-apa, kau hebat berlakon, hebat.
mungkin kau patut tahu yang setiap hari dalam hidupnya mengingati janji kau, setiap hari. itu cuma ulangan mudah kot, mungkin ini akan buat bunyi itu macam tak mudah; hari-hari. itu belum lagi kes di mana kau tukar hari-hari kepada minit atau saat, tak terkira, terlalu diluar jangkauan aku rasa, jangkauan kau tapi bukan jangkauan dia.
kau akan cakap, "siapa suruh ingat?" haha, lawak besar kau bagi pada dunia. aku nak jawab untuk dia. dah dia punya otak, punya memori, punya hak untuk mengingat. apa jawapan kau kalau dia balas dengan mengatakan, "mengapa cetek benar sampai kau bertanya itu?"
hah, cetek. dia patut tahu itu dari mula, tapi dia percaya yang kau lebih dari sekadar cetek. ada sesuatu yang lebih besar pada kau, yang mungkin kadang kala kau pun tidak perasan, tapi dia sedar itu, dia nampak itu, dan dia percaya itu, dia nampak kau bilamana yang lain tak, tapi kau tak nampak dia. mungkin kau pura-pura tak nampak atau mungkin kau betul-betul tak nampak. mana-mana pun jawapan kau, pura-pura atau tak nampak, menjadikan kau seorang rugi, rugi teruk. dan rugi bukan kes disini, yang perlu di-bold-kan adalah mengenai cetek, itu yang penting.
kini mungkin kau mempersoalkan isu kepercayaan. aku nak jawab untuk dia, nak jawab lagi. pernah kau tahu yang kepercayaan itu adalah hak individu? tiada siapa atau apa disini. dia mahu percaya atau tidak, itu hak dia, kenapa perlu kau isu? kau percaya sesuatu benda, pernah dia pertikai? pernah dia kata itu salah? pernah dia buat timbang-tara? itu hak kau, dia tak ganggu, jadi mengapa perlu kau ganggu hak dia bilamana kau tanya "siapa suruh percaya aku?"
dia boleh marah jika dia mahu marah, tapi dia tak pilih itu. mungkin sebab dia rasa yang perasaan itu tidak perlu, atau mungkin dia rasa apa-apa mengenai kau tak cukup untuk buat dia merasakan perasaan marah itu, atau mungkin simply kerana dia rasa dia tak punya hak untuk memarahi, cukup, jangan kau mula pertikai ini.
kadang-kadang, benda-benda ini terjadi pada aku, isu janji, isu ingat, isu cetek, isu kepercayaan, isu marah, semua rasa itu tak boleh lari, dah memang ini hidup, memang menjanjikan semua isu ini. dan isu-isu ini tak pernah punya pengakhiran yang baik, setiap kali, tak pernah buat aku, tapi untuk kau, aku tak tahu.
terlalu jauh aku terpesong, mengapa tiba-tiba aku pula yang wujud, lol. ok, kembali, mengapa isu-isu ini tercipta in the first place? mungkin bila mulut berkata sumbang, atau mungkin bila lagak berkata bongkak, atau mungkin simply bila hati berkata tidak? seluruh tubuh menjelas yang isu-isu ini tidak perlu dibentak. yang pasti pada aku, mungkin cuma kerana kau cuba memberontak, dan tahniah, kau berjaya bunuh dia kali ini, haha, gameover.
p/s: kurang iman.
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
i know this game! haha.macam sial skit.
untuk budak biasa:
haha, sial sial syok doe
try game tuh, dengan adik aku, sampai part madman eh? dua-dua takot, teros tutop.
;p
sebok tiru aku! aku poen maen game ni, niza bagitau ea? siott! aku lmbat post blog je, takpe takpe, aku kesa ape, post je nanti! wekk!
untuk aini:
aku pon tak lepas lagi doe, hari ini nak main lagi sekali, haha, nak lepaskan semua stage juga, :D
untuk aisyah:
fine, post ar kalau berani, post cepat, haha, aku tunggu
untuk chipsmore:
game terbaik, try buka page dia dulu,
btw, you deserve someone better la sayang, dia terlalu teruk untuk anda, tuhan dah tunjuk yang dia memang tak layak, cik epal baik-baik saja disitu ya, :)
budak umah i main, mengelabah..
i main,tak paham..
sebab takde bende yang ngeri..
demmit.
tp,sumpah i tabik ngan usaha diorg.gile stylo.haha
untuk badek:
hebat gile anda, haha, saya main terus tutup muka kot, haha :D
Post a Comment