06/10/2009 16:44:00 PM
Mungkin yang perlu
bila diri terasa di hujung tebing, dan yang ditunggu hanya masa tertolak jatuh; kau akan mula putus yakin, kau gesa diri untuk segera cari pemangkin.
tapi bagaimana jika kau tidak kejumpaan,
bagaimana jika tidak kau terjumpakan?
datang si bulan,
sekadar pesan-pesan kecil,
"hey gadis,
ini bulan mahu bicarakan,
jangan ditangiskan, jangan susah-susah difikirkan.
dia tiada langsung dalam kau punya perancangan masa depan, tiada."
wahai bulan,
cukupkah?
mampu bertahankah?
si bulan terdiam lama.
jadi aku jawabkan,
tak cukup.
tak mampu bertahan.
(aku terdiam lama)
datang si mentari,
sekadar luah ayat-ayat menolak,
"hey gadis,
ini mentari mahu bicarakan,
dia bukanlah segala kau,
bukan tempat untuk kau hentikan langkah kau."
wahai mentari,
kuatkah?
boleh menegarkankah?
si mentari terdiam lama.
jadi aku jawabkan,
tidak kuat.
tidak cukup tegar.
(aku terdiam lama)
datang si angin,
kadang, mungkin yang perlu adalah cuma,
"hey gadis,
ini angin mahu bicarakan,
buatlah,
terjunlah saja kau dari tebingmu.
tapi sebelum itu, mohon jawab tanyaku dulu.
apa memang akan kau puas bila telah ranap mati jasadmu dibawah gelap itu?"
wahai angin,
tidak.
tidak hidup aku ini dapat diperterus tanpa dia.
tapi tidak juga rasa ini diingin musnah untuk dia.
jadi bagaimana?
si angin terdiam lama.
aku juga terdiam lama.
tuhan,
kau selamatkanlah jiwa ini,
kau selamatkanlah hati ini,
kau selamatkanlah rasa ini.
jangan biarkan ia terranapkan,
jangan biarkan ia terbuangkan,
jangan biarkan ia tersampahkan.
mohon diperpanjangkan rasa ini untuk seseorang yang layak merasakan.
mohon diperkekalkan rasa ini untuk memperbahagia seseorang yang telah kau takdirkan.
untuk yang sementara itu,
mohon juga dijauhkan diri ini dari apa-apa yang boleh merumitkan dan membinasakan.
amin.
akhirnya,
tidak jadi diri untuk terjun. tidak juga diri berganjak dari tebing. hanya bersila dan berdoa diri disitu, mohon dikabulkan katanya.
p/s: rasa itu simpan dalam-dalam ya.
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
publish buku..
aku nk beli :)
untuk acap:
aku anggap itu bukan perlian, tak salah kan? haha
seriously, publish buku. and i'll buy. :)
Post a Comment