famouslastwords

Sunday, February 28, 2010

Sempurna

17:00:00 PM

Sempurna

timur aku, dia sedang pura-pura padahal bukan dengan pasangannya dia jumpa itu bahagia.
barat aku, dia sedang mencintai tapi mula persoal jika ada yang lain yang lagi berhak terima cintanya.
selatan aku, dia sedang tanggung derita sakit luar biasa yang tak tahu bila lagi akan sembuhnya.
utara aku, dia sedang bermasalah sama kekasih besi yang tak pernah mahu faham perasaannya.

bukan kerana bebal dia, cuma TERsalah pilihan pasangannya.

yang sedang pura itu, mohon segera hentikan.
yang sedang setia itu, mohon jangan curang.
yang sedang sakit itu, mohon segera pulih.
yang sedang sihat itu, mohon jangan menyakitkan.

apa saja perlakuan kau, mohon difikirkan konsikuensinya.
biarlah dunia yang jahil kasih sayang ini aman sekali-sekala.
biarlah dunia badan dan nyawa itu kembali ada.


jangan cari sempurna, sebab kau tak akan terjumpakannya.

aku tak punya apa-apa untuk tunjuk riak satu semesta,
wajah tak kacak,
pandainya pun tidak,
kadang punya sakit jiwa dan lelah dramatika gila.
tapi sekurangnya, aku masih diteman oleh si bahagia.
dan moga saja, dia yang sedang cinta aku, akan kekal cintanya. :)

ah,
dan yang sedang bahagia itu, mohon diperkekal rasanya.

p/s: lack of color by death cab for cutie

By: [thatreservedgirl]

No comments: