09:02:00 AM
Tak normal
"ehhhhh!"
"apahal kau?"
"aku silap hantar mesej. malu gila."
"itulah banyak sangat skandal-nya. . . ." *bebelan pukul 2 pagi.
ya ampun, apa kau merepek nih minah, stress aku.
mohon sangat jangan samakan aku dengan cara hidup kau;
kekasih ramai, skandal bersepah.
aku bukan yang semacam itu, tahu?
kau tak cukup kenal aku untuk bicara apa-apa;
tentang aku, hidup aku, persekitaran aku, kau takkan faham mana pun.
aku tak perlukan perhatian semua orang seperti yang kau buat;
aku sudah cukup bersyukur apa yang aku dapat.
haih, sudahlah.
aku tak perlu terangkan apa-apa pada kau.
lagipun, kau tak layak untuk tahu semua benda.
cukup tentang kau, aku tak mahu perkata lagi.
yang penting, hati yang seorang ini;
panjang,
aku mohon maaf, aku tak sengaja.
okay,
moving on.
mereka yang pernah aku sentuh hidupnya, sering keluarkan ayat ini;
"pelik-lah kau!"
"kenapa cakap begitu?"
"entah."
"haha."
dulu semasa sekolah menengah, kayla selalu cakap, "eh, sindrom asperger kau dah kembali doe,"
diagnosis mereka ternyata tak salah.
aku menghidap sindrom asperger peringkat pertengahan.
meaning to say, aku ada masalah komunikasi bermasyarakat, sering disalah faham sebagai anti-sosial, agak lurus bendul, menghadapai masalah dengan perubahan dan lebih selesa berada dalam situasi yang sama.
pendek kata; kecacatan belajar bukan verbal.
info susulan pemahaman:
sindrom asperger - versi melayu
asperger syndrome - english version
aku sering cakap ayat yang salah pada masa yang salah,
maaf, aku tak sengaja; aku cuma tak normal.
haih, sebenarnya, aku tak gemar guna alasan masalah neurologi, lupakan.
p/s: penting untuk kau faham.
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment