29/08/2009 19:49:00 PM
Jangan jadi macam aku
kau memperkecil dia,
kau cakap dia tak kuat, kau cakap dia tak mampu,
dan kau tak sedar yang dia selalu ada disitu,
dia hebat, sangat hebat,
cuma kau saja yang tak tahu.
bila semua benda tunggang terbalik,
macam kapal kena ribut,
isi-isi dalamnya semua tak tentu arah,
si nakhoda ambil jalan mudah lepas tangan,
yang lain kaku bisu tak tahu buntu.
tiba si dia datang,
si kuli yang kau hina dan tinggal-kan,
tugas-nya cuma angkat barang dan makan saki-baki makanan di dapur belakang,
tapi hari ini dia turun padang,
mengetua semula apa yang si nakhoda lepaskan.
kau pun mula malu,
sebab dia mula buat semua benda yang kau tak tahu,
dan kapal itu selamat dia pandu,
isi-isi di dalam-nya gembira apabila dia bantu,
kau tanya pada diri, "ah, kenapa aku tak sedar kewujudan dia sejak dulu?"
jawapan: sebab kau buta, pekak dan bisu.
kau buta kerana tak pernah nampak,
kau pekak kerana tak pernah mendengar,
kau bisu kerana tak pernah bertanya,
semua serba-serbi cela kau sapu,
penutup cerita, kau adalah aku, dan dia adalah kamu.
kau faham apa aku cuba sampaikan?
mohon jangan jadi macam aku.
p/s: selamat hari jadi ayah, :)
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment