famouslastwords

Sunday, August 23, 2009

Saya cinta apa yang ada di dalam-nya

23/08/2009 10:02:00 AM

Saya cinta apa yang ada di dalam-nya

"tua sudah anda, kini cecah puluhan,"
"time kasih wahai gadis belasan tahun,"

saya masih gadis belasan hari ini,
dan sehingga ke sekarang,
saya pernah berada dalam satu keadaan di mana saya rasa terlalu kosong,
terlalu sedih,
terlalu kejam,
terlalu gembira,
dan keadaan di mana saya rasa tak tahu, apa yang mahu dirasa.
saya selalu pandang remeh sedangkan keadaan-keadaan itu amat bermakna setiap satu-nya.

saya masih gadis belasan hari ini,
dan sehingga ke sekarang,
saya rindu semua yang pernah dilalui,
tidak cukup rasanya lagi.
tapi tetap rindu,
itu yang pasti.
dan jika saya dikurnia kebolehan menukar masa sekalipun,
saya tak mahu ubah apa-apa,
tidak satu pun.
sebab saya suka sebagaimana ia sekarang, sangat suka,
dan saya cinta apa yang ada di dalam-nya, cinta, betul-betul memakna-kan. :)

saya masih gadis belasan hari ini,
dan sehingga ke sekarang,
ada pernah saya cakap yang kehidupan bermakna lebih penting dari kehidupan berduit?
ada pernah saya cakap yang kehidupan yang bahagia berbeza dari kehidupan yang berjaya?
ada pernah saya cakap yang kehidupan itu bergantung kepada siapa yang ada di dalam-nya?
kalau saya tak pernah cakap, izin-kan saya cakap sekarang, cakap menerusi deria mata, cuba faham, :)

siblings

family

true friends

uitm

gambar-gambar ini kebanyakkan-nya bukan saya yang tangkap,
kerana pada ketika itu,
saya terlalu buta untuk menilai dan menghargai-nya,
buta teruk.
orang kata yang kita hanya akan menghargai sesuatu bila kita telah kehilangan-nya,
saya bersyukur sekarang kerana masih sempat menghargai-nya sebelum ia sempat hilang,
bersyukur sangat.

p/s: ctu saya entah apa cerita, haha, rasa terlalu bahagia sekarang untuk menjadi stress, lol, ;)

By: [thatreservedgirl]

4 comments:

Anonymous said...

bagusss,
;)

annur razali said...

untuk dobot:

lol

Farah Ain said...

ayt penuh makna nie.
mcm sastera la pulak..;)

annur razali said...

untuk rara:

tergerak hati mahu jadi pensyarah bahasa melayu tiba-tiba, :)