famouslastwords

Sunday, August 30, 2009

Kau heroin cerita

30/08/2009 09:30:00 AM

Kau heroin cerita

aku ada kerja aku sendiri dan dia ada kerja dia sekali. tapi secara tak langsung, kau, aku dan dia perlu interaksi. kita manusia, memang tak boleh lari.

tapi sedar atau tidak, kita selalu main sembunyi-sembunyi.
betul-betul tipu fak dem sembunyi.

mungkin ia adalah mainan zaman ini.
kau suka tapi kau nafi, kau tahu tapi kau tetap cuba curi.
curi perasaan, curi hati.

pada kau tiada apa benda itu, cuma mainan ilusi.
tapi pernah kau fikir pada dia, sesungguh hati dia mempercayai.
si dia seorang bodoh, tuli, umum-nya itulah ciri yang kau beri.

kau lepaskan dia se-helai se-kera.
dia mampu berhidup sendiri, kau kata. dia berhak tentu arahnya, kau percaya.
tapi kau silap. manusia selalu silap. dan jarang nak mengaku silap.

dia terbalik. dia tak aman. dia tak senang. pendek kata dia tak okay.
kau tak tahu apa dia rasa, tak pernah fikir apa dia perlu, tak pernah prihatin apa dia jadi.
dia tercari-cari, tapi kau tak pernah nak mengamati.

buanglah sikap gadis kau itu, buang jauh-jauh, jangan pentingkan diri,
mula berfikir selain diri sendiri.

hari ini mungkin kau ketawa, bersuka apa adanya. tapi esok lusa kau akan mula bertanya,
"mengapa aku gembira tapi tiada penyudahnya?"
kau akan ditinggalkan sama seperti kau meninggalkan dia.
dan waktu itu kau akan mula nampak karma, apa terjadi berputar macam roda.
kali ini dia yang di atas, dan kau pula adalah di sebaliknya.

aku cuma penglipur lara, tiada kena mengena dalam wayang gambar.
tapi kau, kau penting, kau heroin cerita.
dia pula bukan lelaki pertama yang kena, dah banyak kes aku jumpa.

kau bukan sesiapa bagi aku, tapi dia seorang rakan, jadi aku perlu ambil tahu.
bila dia panggil tengah pagi, cerita ini itu.
aku mula rasa, cakap terang-terang itu perlu.
spesis kau dah makin banyak, dan aku makin tak lalu.

jangan perasan, buang kepura-puraan, kau bukan besar dan dia bukan kecil,
masing-masing punya hati, sila mula ambil kesah tentang ini.

p/s: talian aku terbuka, tapi aku bukan kaunsellor, aku cuma rakan yang cuba faham isi cerita. kita akan saling menenangkan, tidak begitu? :)

By: [thatreservedgirl]

2 comments:

afiqa husin said...

uh, pingajaran tok ku ke ni doe?
aha, mekaseh paham die.
:)
kc no doe, x aci ko dingar dr sebelah je.
:DD

annur razali said...

untuk afiqa:

lol, 017-6527126