21:40:00 PM
Ini entri keji, untuk sekali ini sahaja
jangan baca sampai habis.
aku peringatkan, jangan.
aku tak suka berbahasa yang disifat kurang ajar. benar aku tak suka.
tapi kali ini, aku mahu longgarkan peraturan sendiri.
mari cipta surat mengeji.
kehadapan manusia yang berperangai babi,
kau sememang manusia yang paling tak punya perasaan.
ya, kau!
yang sedang rasa bersalah itu, ini khas untuk kau, tahu?
sial la kau,
tabur-tabur janji.
babi la kau,
tipu aku itu-ini.
bodohlah aku,
yang pergi dengar itu semua.
pendek akal-ku,
yang pergi percaya setiap kata.
kau dah perangai macam babi melintas, mengerti?
cakap pusing sana sini.
dan aku yang berusaha sedaya, menahan segala disini.
terasa sangat babi dengan kebodohan diri;
memperhamba untuk kau berhari-hari.
melutut, merayu mahu kau kembali.
taknak macam babi pula dulu.
setiap kata yang aku perbahas, pertonton saat ini,
diikut rapat dengannya derai-derai yang dah basi.
sadis.
haa, aku menangis, puas hati?
tak kot. kau tak punya hati pun in the first place, sila fahami.
kalau ada pun, pasti kotor, berlumpur; layaknya disepak-sepak di kandang babi.
kenapa aku emo babi-babi ni?
sebab ini tentang milikan aku, hati aku, jiwa aku.
ceritanya,
kau rodoknya sedalam-dalam hati aku,
kau belahnya dengan pisau, kau tariknya jiwa keluar.
kemudian,
kau timang-timangkan,
kau pikat-pikatkan,
kau tipu-tipukan.
lalu,
kau buang-buangkan,
kau lupa-lupakan,
kau jaja-jajakan.
sekarang,
tangan aku pegang hati sendiri.
tangan aku pegang jiwa sendiri.
aku menangis-nangiskan sendirian.
ini semua untuk kau dahulu, sayang sekali kau tak nampak.
bodoh.
buta.
tuli.
babi.
jangan salah faham,
kau tak buta atau tuli,
kau cuma manusia berperlakuan babi, mohon ubah?
kalau tak reti mahu ubah,
pesan aku, bagus lagi kalau kau terus pergi mati.
jangan risau,
aku akan tetap sayang kau, cuma, secara total, aku sayang babi lebih sikit dari sayang kau.
identiti kau aku rahsiakan.
bukan tak berani, cuma sebab aku masih manusia yang punya sekelumit belas kasihan.
masih mahu menjaga maruah seorang manusia yang melayan aku secara babi-babian.
tidak mengapalah,
tidak diapakanlah,
sudah tertulis nasib aku begini, kan _____? haha.
p/s: isi tempat kosong sendiri.
ikhlas,
annur razali.
rosak satu entri blog aku, sebab kau.
ini entri keji, untuk sekali ini sahaja.
promise. janji. haha.
p/s: tahan-tahankanlah saja. aku sudah bilang dari mulanya, jangan dibaca, kan?
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
wow. betul2 babi.
patut disalai saja babi tu. tengah mood exam kot. grr.
untuk acap:
teringin yang amat untuk disalai, tapi tak punya peluang, haha.
Post a Comment