17:48:00 PM
Aku degil
aku suka pakai jam tangan kanan.
tapi jam aku selalu cepat mati, heh.
ayah tak suka.
tadi, ayah berhenti kedai jam suruh baiki, tapi pakcik tuh cakap, "sula losak telok."
aku senyum saja.
dompet hijau aku pun ayah tak suka.
dia selalu bising, "ya ampun, dah koyak banyak kan, pergi tukar."
setiap kali, aku jawab, "taknak."
aku ni degil kan, haha.
aku punya lappy pun ayah tak suka.
dia cakap lappy tuh selalu buat hal, mengada.
and yes indeed, aku punya lappy telah dengan selamat-nya rosak; 2 minggu lepas.
ayah paksa suruh bawa lappy aniza balik uitm.
aku matimati tak mahu, sebab aku ini jenis perosak barang, tidak-kah naye saja bunyi-nya bila kedua-dua buah komputer rosak di tangan aku serentak, kan? ;D
ayah perli, "aah, kat uitm tuh pun kau ambil kursus sains rumah tangga, an?"
aku hanya senyum lagi.
semalam aku menangis soroksorok.
orang-orang yang tahu, semua naik risau dengan aku.
call ayah, "ayah datang malam ini."
keraskeras aku berkeras, "tapayah."
aku lari dari joe ke azri ke shidot, ke wahidah, lastlast ke abby.
macam budak kecil, abby rasuah limau mandarin, terdiam terus tak nangisnangis lagi. lol.
tadi ayah berdekah gilagila dalam kereta.
lepas pass-kan lappy aniza, dia sempat pesan, "tunggu raya cina. sekarang, pergi harvest bunga, jaga kuda-kuda."
lol, sumpah.
sayang ayah, sayang mak. oh aniza? aku tak sayang. haha.
tahu tak apa problem aku? aku degil.
haa, halim, aku sudah update nih, jangan rinduuuu lagi, tahu? ;)
baikbaik di dungeon weyh, ;p
p/s: pergi buat kerja bel la cik kak yang degil gila. haa. terfikir duatiga kali nak privatekan atau tak. hurm. aku bukan saja degil, mengada pun ada juga. haih, susah.
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 comments:
wat bel fynn jamal lah cepat!!! bhahaa
haha comel
;)
untuk fana:
ya fana sayang, haha
untuk aini:
kau lagi comel. hehe
Post a Comment