Nafsu
dulu semasa aku kecil, tadika kemas, 1996, emak hantar aku ke kelas pertama dalam hidup, berpakaian biru kain kotak-kotak; teruja dan suci.
mataku liar keliling, lalu, terlihat seorang ibu ini, tangan dia memegang satu jenis alat rakaman, dihalanya alat itu ke arah seorang budak lelaki, ada gambar boleh gerak; hebat. aku pun boleh tersuka kat budak lelaki itu sebab mak dia punya satu alat canggih, haha, materialistik? bukan. aku cuma mahu ada termasuk dalam gambar boleh gerak itu sekali, terasa-lah macam orang penting sedikit. lol.
okay, enough drama, sebenarnya aku mahu satu digital video camera, itu saja.
ah, aku tak kira, aku perlu ada benda ini suatu hari nanti.
nafsu segala.
nikon d5000
haa, siapa rasa-rasa diri baik-hati nak bagi free? aku serius nak mati nih.
"n tengah tengok apa?""nikon d5000."
"ah, awak sudah ada d60 kan?"
"takkira, orang nak yang ada video camera."
"heh, mengada."
ya, saya mengada.
tapi bila awak ada, bertambah-tambah mengadanya.
haih, mohon sekel sikit.
p/s: aku search wikihow untuk tahu cara generate income.
By: [thatreservedgirl]

2 comments:
bg sy d60 anda..hahaa..bapak heaven aku nak..hahaha
masa pilihan raya kampus aku pernah merasa guna benda nih..huhu..
luar biasa best :D
Post a Comment