famouslastwords

Thursday, August 27, 2009

Aku biasa, tapi telah dibantu oleh dia yang luar biasa

27/08/2009 05:36:00 PM

Aku biasa, tapi telah dibantu oleh dia yang luar biasa

pernah rasa macam semuanya tidak kena? kau tertekan bila ia macam ini, dan kau mahu ia macam itu. kau tahu bila ia macam itu, mungkin keadaan akan jadi lebih baik. tapi, rata-rata perasa perasaan itu, semuanya hanya berharap dan tak mahu mengubah. aku salah seorang perasa yang tak mengubah, hanya berharap pagi petang yang ia akan terubah sendiri. sebab aku tak mampu, semuanya terbatas. kau mungkin cakap itu alasan, sebab kau hebat semua benda, kau boleh ubah benda tidak jadi ya, tapi aku tak. aku tak punya kebolehan itu, aku biasa, dan orang biasa akan ada batasan benda. dengan itu, sejak beberapa hari terkebelakang, aku tidak terurus, sangat tidak terurus. dan aku perlu orang untuk membantu-ku. tapi aku tak suka minta, jadi aku tunggu, tunggu mereka tiba. doa dimakbulkan, Allah s.w.t bantu saya, dia hantar mereka-mereka.

ini bukti yang naluri seorang ibu memang kuat. seawal 7.3o pagi rabu, telefon berbunyi, mak,

"hari jumaat kelas habis pukul berapa?"
"12,"
"pulang eh minggu ini, habis kelas cepat pulang,"
"aa,"

berpikir. jam 8, aku ke kelas akaun di kolej SAB. tak boleh masuk otak, bantai berdekah dengan sayib kat belakang kelas,

"aku tak boleh doe, aku kena balik sekarang,"
"pergi balik,"

mudah gila dia jawab, pelik tapi senang faham. habis akaun, keluar dengan otak kosong. cuba menelefon mak, tak dapat. pergi ke kelas matematik di SL pula. menunggu cikgu tiba, lama. kepala panas, leher panas, demam. tidur tepi SL, tak lena, lalat kacau. tak mandi pagi tadi mungkin faktornya.

cikgu datang, dalam kelas bantai berdekah lagi dengan sayib, kali ini sebab ateng punya lawak, serius tak boleh tahan. cikgu ajar graph di depan, aku main myspace di belakang, terbaik la sangat. semua belajar tak boleh masuk, aku telah berada di luar kawalan. pukul 12 mak telefon,

"mak, orang balik sekarang eh,"
"nanti sampai call, mak amik,"

balik bilik. kemas. berfikir. aku perlu bagi alasan kukuh pada diri sendiri untuk ponteng, jap, berfikir lagi.

rabu, 14-16; java,
khamis, 10-12; computer,
khamis, 14-16; bel,
jumaat, 10-12; akaun,

monolog: 4 kelas aku ponteng kalau balik sekarang. ah, layankan sahaja hati itu, ia lebih berhak.

berhenti berfikir logik. sebelum tukar fikiran, aku chow ke segamat segera. naik bas kuning, berjumpa yang-pertama.

"makcik, berhenti di stesen keretaapi, kat sini,"
"eh,"
"kau nak turun kat keretaapi an?"
"a'ah,"

aku dan yang-pertama turun.

"kalau aku, aku takkan cakap apa-apa, aku akan turun sampai bas itu berhenti,"
"aku tak, aku akan cakap aku nak berhenti di mana,"
"terima kasih weyh, :)"

kagumi yang-pertama. punya kehebatan mengatur benda milik-nya. senyum. tiket pukol 5.3o petang, lama lagi. ayah telefon,

"kau cabut kan?"
"a'ah,"
"haha, berapa kelas?"
"4"
"apa kau nak cakap nanti"
"mc"
"haha, sampai kang bagitahu, ayah amik,"
"ok"

yang-pertama teman aku sampai pukul 2 petang. yang-pertama pulang, pukul 4 ada kelas katanya. lepak stesen bas, tiada apa, bosan. hubungi sayib, mahu tanya kelas java bagaimana, dia angkat, "aku kat bilik, sr," katanya. lucu bagi aku. tidur, nganga, tengok orang, tidur balik, tak lena pun. 3 petang ku chow stesen keretaapi pula, lepak sana, jumpa yang-kedua.

"pulang mana?"
"seremban,"
"di sini buat apa, kerja?," tangan-nya diacu pada lontong.
"haha, tidak, masih belajar,"
"kalau belajar jangan fikir tentang lelaki,"

out of the blue, yang-kedua keluarkan perkataan itu.

monolog: mana dia tahu? haha, dia ini punya kepakaran baca orang barangkali, lol.

tidur di ktm, tak lena. keretaapi sampai, naik. pukul 8 cecah seremban. naik komuter ke nilai pula, berjumpa yang-ketiga.

"maaf, komuter ke shah alam yang mana?"
"yang ini, mari naik sama,"
"dari mana?"
"johor,''
"saya dari muadzam, stadi?"
"ya, uitm"
"segamat?"
"haha, a'ah"
"dalam hutan tu?"
"dan dikelilingi kubur cina, sunyi,"
"hahaha, cuti ke?"
"tak, aku ponteng, lol"

yang-ketiga berdekah, jadi teman berbual sampai ke destinasi. stesen nilai, ayah jemput. gerak desa jasmin, tunggu pensel habis tuisyen, dalam kereta,

"apa problem? semua ok?"
"perasaan,"
"ingat toyu?"
"a'ah, dah kena cerai,"
"talak berapa, 3?"
"yup, sadis,"

semua cerita keluar, ayah buat apa yang setiap bapa akan buat, menasihat, menenangkan. lega sedikit. sampai rumah, mandi, makan. sebelum tidur dapat mesej,

"Weh, aku dh smpai shah alam. Thanks erk.."

tersenyum, aku masih boleh membantu dan dibantu rupanya. aku biasa, tapi telah dibantu oleh dia yang luar biasa. dipersenangkan segala. terima kasih semua, bersyukur. tidur lena sampai sahur. :)

p/s: yang-petama, yang-kedua, yang-ketiga; aku tak tahu nama mereka.

By: [thatreservedgirl]

2 comments:

Anonymous said...

untong yah?

. aini ;p.

annur razali said...

untuk aini:

tidak terungkap ke-untungan itu