21/08/2009 22:55:00 PM
Sangka-ku kau faham
bila rasa itu mula naik, macam inilah akhirnya, kelu.
aku bukan seorang yang suka-suka atau sengaja mahu ia jadi macam itu, cuma bila jari dah mula main peranan otak, bila hati dah letak dekat lutut, yang tercipta cuma manusia bodoh tak waras yang cuba jalani hidup.
sangka-ku kau faham, kau dapat tangkap, yang perilaku-ku ini menyata yang aku mahukan kau sekarang, tapi sayang, nyamuk mula yang datang bertandang, tak mahu pula ia pergi-pergi, menganggu tidur, menyakitkan hati.
air paip di sebelah pula sepeti tak mahu berhenti bunyi, sejak tadi, menjengkelkan sungguh, paranoid aku pada keadaan sekeliling semakin tinggi, dan sesungguh-nya, aku baru tinggalkan dia, baru tadi.
dia yang aku tunggu sepanjang hari, aku berharap benar-benar sekali, berharap kemunculan-nya di ruang maya laju, bila telah ada, bila tuhan dah makbulkan doa, aku sengaja tinggalkan pula, ini semua kerana kau, mahu kau, kau saja, kau seorang, dia tak boleh ganti.
sila kata yang aku tak masok akal, sebab memang aku rasa macam itu untuk sekarang.
p/s: aku perlu faham yang kau memang tak faham, tak untuk sekarang.
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bluuuuurrr
untuk pensel:
ko memang
Post a Comment