19/08/2009 17:13:00 PM
Yang kau cari
aku tak berubah, sikit pun tak berubah, aku masih sama, cuma cara kau melihat, mungkin berbeza barangkali.
"kau da berubah, mana kau yang dulu?"
"kenapa dangan kau sekarang? moral down, aku seorang kawan yang ambil kesah"
kau cari jawapan dari aku, bukan aku tak mahu jawab atau mengelak, cuma-nya aku tak rasa ia perlu atau akan memberi apa-apa kesan pada kau jika kau tahu jawapan-nya atau tidak. namun soalan tetap soalan dan setiap soalan pasti ada jawapan, dan mungkin kau salah seorang yang seperti aku yang punya sindrom perlu tahu jawapan itu juga kalau tak hati tidak senang. so here it is, kini aku beri jawapan yang kau cari,
di masa lalu, aku ber-hidup bersama semangat yang dia beri, aku kelihatan gembira setiap kali, sering ketawa, jarang sekali bersedih, dia-lah punca segala rasa itu. dan sekarang, apabila dia hilang, dia telah bawa sekali semangat itu dan hidup itu hilang bersama-nya, rasa itu juga turut terbang mengikuti-nya, dapat?
aku seorang yang mudah, tapi kau jarang dapat baca. aku telah bagi segala jawapan yang kau cari berdasar perilaku, tapi kau saja yang salah tafsir. aku hargai ke-kesah-an kau pada aku, serius sekali aku sangat teramat menghargai-nya, tapi ia kadang kala agak menjengkel-kan sebab semua orang mula tanya aku soalan yang sama, dan aku perlu jawab jawapan secara ulang-ulang, dan jawapan yang di-ulang-ulang itu kerap kali lebih menyakit-kan aku, dari menyembuh aku.
aku tidak ok sekarang, dan mohon jangan di-tanya soalan itu bila kau tahu jawapan-nya masih sama, aku akan bergembira bila aku rasa aku patut bergembira, dan aku akan bersenyum bilamana aku perlu bersenyum. tidak bermakna sejak dia hilang aku perlu berhidup seperti robot. untuk pengetahuan, aku masih boleh bersenyum dengan manis sekali, dan aku masih boleh bergembira dengan sepuas-nya, namun sekarang tiada rasa yang tinggal untuk berkeadaan begitu, mungkin nanti, bilamana masa-nya sesuai. :)
aku tak berniat langsung mahu bersikap kejam pada kau, cuma sekarang aku rasa sifat defensive dalam diri sendiri sangat tinggi, dan setiap perbuatan yang kau buat, even ia berniat baik, akan jadi sesuatu yang sangat meng-annoying-kan buat aku, dan aku akan cuba sedaya upaya mempertahan diri out of the blue. ia sesuatu yang lucu untuk melihat diri sendiri melalui persepsi mata umum, "seorang defensive yang berlagak seperti boleh berhidup sendiri", tapi aku perlu accept statement itu kerana itu ialah aku yang sekarang, aku yang tanpa dia. sekali lagi, aku tak berubah, mungken cuma kau yang melihat dari sudut pandangan yang berbeza.
p/s: aku perlu-kan masa, dan mungkin aku akan berkawan baik dengan masa mulai sekarang. dan aku mula suka ayat baku. :)
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bagus laahh, cintai lah bahasa baku.
di samping, aku nda payah ber-belit membaca entry2 kauu yg menarik utk aku bac.
tengs.
;)
untuk dobot:
haha, terima kasih, :)
Post a Comment