famouslastwords

Sunday, August 30, 2009

Itu memadai

30/08/2009 10:39:00 PM

Itu memadai

kami punya kisah yang takkan dilupai.
takkan lupa, tak boleh lupa, mustahil untuk dilupakan.
mungkin jodoh kami bukan sekarang, tapi nanti.

kami masih punya perasaan yang sama, itu memadai bagi dia dan aku, aku rasa.
bila perlu ia berubah, masa akan mula tunjuk hasilnya.
untuk yang sementara itu, kami tak boleh berputus asa. :)

dan sesungguhnya,
yang di atas lebih tahu.
kun fa yakun,
bila di atas sebut itu, semua benda boleh jadi,
aku terima, oleh itu, aku tak perlu rasa sedih lagi.

sekadar menghitung hari mendatang,
atau menanti bila dugaan mahu berhenti, itu semua sia-sia.
yang di atas mahu menguji kami dengan cabaran ini,
di atas tahu kami boleh bertahan dan mengatasi.
sila bertahan, mohon bertahan.
aku hanya mampu bertahan jika dan dengan jika mempercayai dia kali ini.
bila dia memang untuk aku, dia akan jadi yang terakhir sekali,
bukan tengah, bukan mula, tapi akhir, yang bawa untuk hidup sampai mati.

p/s: terlalu lama aku fikir untuk keluar dengan benda ini, terlalu lama, sangat lama.

By: [thatreservedgirl]

2 comments:

johnny said...

move on.

annur razali said...

untuk arham:

aku da move on, aku cuma tak boleh let go.