famouslastwords

Saturday, August 22, 2009

Kertas yang di-kupu-kupu-kan

22/08/2009 09:52:00 AM

Kertas yang di-kupu-kupu-kan

kolej senyap, ramai yang pulang, sabtu pagi yang tersangat aman di segamat. :) rutin selalu pada hari sabtu, tambah-tambah pada waktu sekarang adalah berkunjung ke NR, menikmati sarapan pagi dan tengahhari sekaligus. namun, mulai kini perlu ubah aktiviti, ini bulan puasa, mana boleh mencekik tengah hari buta.

adik-adik ini bercerita pasal kayak, ke bas, ke lebuhraya, semua pasal transportation. mereka memang meminati isu kenderaan, mungkin itu yang paling popular untuk peringkat umur sekarang, part 1 memang suka bende-bende begini, tak tahu signifikan-nya. barangkali mereka saja mengelak bebual makanan, lapar kalau di-kata-kata, memang lapar.

berkeras mahu siapkan ctu hari ini, by hook or by crook. due date cikgu adalah pada 28/08, due date sendiri adalah pada 22/08, mesti siap, perlu siap, wajib siap, tak kira. masalah sekarang, cuma tak tahu bagaimana mahu mula. rakan sekumpulan juga tak kunjung-kunjung tiba, masih menunggu dia bangun dari tidur ni. dalam hati cakap, kang saya buat seorang-seorang kang, nama seorang, presentation seorang, ya, saya kejam, puas hati? (lol, nak maen ugut, bajet hebat boleh buat seorang-seorang)

nak mulakan gubah perenggan 15 muka, times new roman, saiz 12, double spacing, ayat dalam otak memang banyak tapi semua-nya merepek saja, itu sampah.

OOO

sedang meneliti muka kosong open.office.org (OOO), kelip-kelip garis menunggu input kekal. kertas kosong ini ingin aku tulis, ingin aku penuh-kan dengan ayat hebat. hasrat hati menukar kertas kuno tak bernilai jadi contoh satu kelas, haha, impian tinggi, memang tinggi, tapi itu harus, sejak aku berkeadaan begini. kupu-kupu memang pilihan, sebab cantik sederhana-nya mengalahkan si rama-rama gah itu, ya, kertas itu akan jadi kertas yang di-kupu-kupu-kan, ah, aku saja yang faham.

sekarang perlukan rangsangan untuk rasa terangsang dan sekaligus merangsang untuk memula, sangat perlu, sangat butuh itu.

p/s: aku masih cari makna kau, "aku mengetuk pintu 22."

By: [thatreservedgirl]

2 comments:

Mohd Azlan said...

dah terbang x kupu2 nye..

annur razali said...

untuk azlan:

tengah belajar buka sayap lagi, mungken sekejap lagi terbang-lah dia