famouslastwords

Thursday, October 1, 2009

Angin, mohon khabarkan

01/10/2009 16:09:00 PM

Angin, mohon khabarkan

aku terlihat dia tadi, di dalam sekumpulan mereka yang lain.

sempurna kemunculannya.
indah amat, sihat mungkin, cukup.

angin,
mohon khabarkan padanya,
ini sapaan bisu tak berkata,
hanya sekadar sayup-sayup mahu aku utus pesan ke dia,

"jaga diri, buat baik-baik untuk sukol nanti."

puas.
teringat.

cukup dah bahagia untuk satu hari, aku tak mahu lebih, cukup yang ini.
terima kasih tuhan. :)

dan angin, mohon khabarkan?
jangan lupa ya. :)

p/s: harap tersampaikan.

By:[thatreservedgirl]

No comments: