10/10/2009 22:22:00 PM
Pesan aku
apalah aku ini.
mencatur-catur hidup.
mencatur-catur rasa.
bila entah mahu berhenti.
ini untuk kau yang rasa tak cocok untuk dia.
ini untuk kau yang rasa tak sepadan dengan dia.
ini untuk kau yang rasa tak berhak memiliki dia.
pesan aku,
"cintailah dia jika dia buat kau rasa tinggi.
cintailah dia tanpa henti.
setialah kau ke dia sampai ke mati."
jangan kisah rupa paras kau.
jangan kisah pandai tidak kau.
jangan kisah siapa yang mahu kau.
kau layak memiliki sesiapa saja.
kau layak memiliki dia.
sebab kau ter-cinta bukan kerana rupa dia.
sebab kau ter-suka bukan kerana pandai dia.
sebab kau ter-sayang bukan kerana kau mahu dia.
tapi sebab itu jiwa buat kau rasa tinggi,
dan itu dia, kau akan letak di tempat paling tinggi,
di dalam milikan kau; di dalam hati.
tapi.
andai dia menjaga kau tidak selayak jagaan yang itu.
andai dia melayan kau tidak selayak layanan yang itu.
andai dia melindung kau tidak selayak lindungan yang itu.
pesan aku,
"sila berhenti.
jangan terus kau lukai diri.
sila lari."
berhenti menyukai dia.
berhenti mencintai dia.
berhenti bertahan untuk dia.
kerana kau itu seorang gadis.
darjat kau itu sangat tinggi tahu.
jangan menjaja cinta untuk dia.
jangan murahkan diri sebab dia.
jangan mengemis perca dari dia.
sebab dia tak layak,
sebab dia tak nampak.
ada yang berhak ke atas kau.
sila percaya dalam-dalam,
ada.
tuhan sudah tetap dengan perancangannya.
akan dipertunjukkan yang lebih hebat dari dia.
yakin yang itu.
jika.
kau ditinggal dan kau rasa tak mampu kerana dia.
kau ditinggal dan kau rasa lemah sungguh untuk melupa dia.
kau ditinggal dan kau rasa tak dapat bertahan tanpa wujudnya dia.
pesan aku,
"andai masih ada harap, teruskan memaksa mampu diri.
andai masih ada peluang, silakan untuk mengingat semua itu memori.
andai masih ada rasa berat, setialah bertahan pada tembaga hati yang telah kau pateri."
sebab dia itu pernah buat kau rasa tinggi,
sebab dia itu kau telah kasi gam uhu dalam hati.
rasa itu tidak akan boleh berhenti.
itu rasa aku.
se-destruktif mana pun rasa itu.
akan tetap kau pertahankan selagi mampu.
itu rasa aku.
belum penat.
kau tahu mana tempat kau.
kau tahu yang mana cerita kau.
kau tahu bagaimana cinta dia ke kau.
p/s: siapa yang curi pendrive aku itu, mohon pulangkan, itu bukan hak kamu.
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
awak pandai berkata2....syg sama awak..hee
Post a Comment