01/10/2009 00:26:00 AM
Yang terpuji
sudah 1 oktober.
bulan baru, tapi rasa yang dipunya aku, masih lama.
tidak bergerak, tidak berganjak, tetap saja di takuk yang sama.
lebam, nanah, hilang punca; ibaratnya, realitinya; serupa.
"annur razali mula belajar,"
"sudah separuh semester aku menangis, cukuplah,"
dia-lah yang memahami, memasang telinga mendengar cerita. kadang juga pasti merasa penat, tapi dia masih selalu peka. peka pada apa yang aku laku, aku perlu dan aku rasa.
dia-lah kawan,
dia-lah penyelamat.
dia setia, dia telah dipunya pipi, sila kekal berbahagia di sana. :)
kau boleh saja mula meneka. apa saja tekaan pasti betul jawapannya. serba tahu manusia memang hebat berkarya, mencipta, mempertahan dasar yang dirasakan betul padanya. apa ada hal, berdebat saja untuk membenarkan, kau kan betul.
tidak perlu terus meneka, dia syahidah, jawapannya.
kejap.
sunyi sekali suara ini.
bermula.
sekarang,
aku cuma rindu pada rasa yang lama itu,
pada yang seorang itu,
pada yang si penggemar dota itu,
pada yang si pemain kriket itu,
pada yang si peminat mati man U itu,
ya,
pada si toyu itu.
haih.
apa saja yang dirasakan sekarang, digelakkan sekarang, diberhidupkan sekarang, adalah punya dari saki-baki rasa dan memori yang dia tinggalkan, yang dia terpaksa tinggalkan, itu yang diberitahu.
kalau aku menangis, sebutkan namanya, akan kurang esak itu.
kalau aku marah, sebutkan lagi namanya, akan kurang pekik itu.
kalau aku muram, sebutkan saja lagi namanya, akan mula keluar senyuman itu.
masih saja aku boleh bersenyum, bila saja nama dia kau sebut.
bila-bila saja, katakan, sebutkan.
fenomena simile di McD,
"aku selalu mencerita tentang dia, mengingati dia, mahu tanya, pernahkah dia bercerita tentang aku, mengingati aku?"
"(cuma geleng)"
"tiada langsung-kah?"
"(geleng lagi)"
lama termenung, aku termenung.
menerawang.
hati dihempap lagi sekali, dan memang bukan sifat aku yang pandai mengawal perasaan, mereka yang disekitar jelas dapat membaca terang-terangan.
kemudian ditegur,
"kenapa kau diam?"
"sebab jawapan yang kau bagi tidak best, tidak menyeronokkan,"
"kau mahu aku cakap bohong?"
"tak, cumanya, jawapan itu, tidak menyenangkan,"
"aku cuma geleng,"
"itu membawa jawapan 'tidak' kan?"
"kenapa tidak tanya sendiri?"
"kau mahu aku mati?"
cukuplah dah rasa sebegini, jangan dihenyak lagi.
jika mesej yang dihantar tidak dibalas,
jika nombor yang didail tidak diangkat,
apa lagi rasa yang tinggal untuk aku rasa, bicarakan, apa lagi?
pasti makin punah ini raga.
pasti makin memberontak ini jiwa.
pasti makin ranap ini rasa.
memandang telefon milikanku sekejap, tiada dia, "dia tak perlu kau untuk masa ini," hati kata.
sukar dihilang cinta aku pada dia, itu yang pasti.
masih tak berganjak pasaknya.
masih tak beralih tanggamnya.
masih tak condong tiangya.
masih kukuh binaan semua.
masih lagi membiar hati mempertahan diri-nya, membela dia seterdaya.
dikala ada yang meragu,
dikala ada yang me-malu,
hati cuma diam dalam senyap, menangis bisu ia tersudut di hujung itu.
tidak pula ia menanti retak,
tidak pula ia menunggu pecah,
cuma berdiam disitu tanpa sebarang kata, dirasakannya, mungkin tiada keperluan untuk bersuara.
namun,
bila perlu, ini ayat biasa yang dikiaskannya,
"berat diri ini rasa, tapi dia bukan seperti yang kau sangka. tak perlulah kau meragu, berhentilah kau me-malu, suka seluruh hidup ini, cuma dia satu."
entah apa yang dia telah lakukan pada aku,
sampai sebegini susah mahu melepas,
sampai sebegini payah mahu melupa,
sampai sebegini perit hati merasa,
bila telah hati aku ini dipisah dari hati dia.
hai-lah hati, mengapa masih berkeras mempertahan lagi, tidak letihkah kau, tidak penatkah kau, tidak putus-asa-kah kau?
hati jawab,
"selagi diizin yang di atas sana, selagi termampu, selagi terdaya, akan diperpanjangkan rasa ini, harap sampai bilamana aku sudah telah benar-benar mati."
aku boleh kau anggap setia, tapi sejauh mana? itu aku tak boleh jangka. bila yang lain mula menghantar utusan perkenalan, ditolaknya mentah, bersungguh menghasut hati untuk mengendah, membiar beku, memendam kaku.
tiada seindah dia yang boleh buat aku ketawa, tiada lagi, yang aku jumpa seperti dia.
bukan rupa kacak yang aku gilakan,
bukan badan sasa yang aku mahukan,
cuma hati baik yang aku dahulukan, sebaik dia, itu yang diharapkan.
tidak tinggi demand aku kan?
aku masih leka berdiri menunggu pada pintu dia.
sebab sinar pintu lain masih tiada seterang punyanya.
dia buat aku setia.
tidak susah mahu jadi setia, walaupun pabila berbekal cuma adalah memori dia, tapi cukuplah itu, cukup untuk bernafas lagi, cukup untuk berdiri lagi, cukup untuk setia lagi, cukup serba serbi.
dalam menyetiakan diri,
aku meneka-neka rutin hariannya,
apa sajalah yang dia sedang lakukan?
ber-dota-kah, berbola-sepak-kah?
mengikuti perkembangannya dari kejauhan, cukuplah.
yang kerap dipersoalkan,
bagaimana kesihatan?
risau sungguh bila dia menderita, sakit, tak aman.
baru tadi,
bertanya-tanya kabarnya dari rakan terdekat,
setakat ini, masih percaya lagi yang dia sihat.
baguslah begitu, mungkin dia punya seorang doktor yang hebat menyelia, menjaga, mengambil berat hal dia, dia dah jumpa, mungkin. aku gembira. haih, tak enak sungguh rasanya menipu, haha.
ini hati punya suara sendiri.
ini pencinta tegar, ini annur razali.
ini aku, yang kau kejarkan, dan ini aku, yang dia tinggalkan. kau mengejar aku, aku mengejar dia. dia meninggalkan aku, kau pula membantu dengan mengarah waktu mempercepat ke-putus-asa-an aku.
bukan untuk sekarang,
tidak untuk sekarang.
teruskan mengarah, teruskan.
tapi tidak akan hati ini disifat untuk meninggalkan,
tidak untuk sekarang wahai kawan, tidak.
adeh.
aku seperti memalukan diri di sini,
ya, aku tahu, serba tahu.
dikata kau, "mengemis yang tak henti-henti."
salah.
bukan mengemis, cuma menanti.
wahai yang terpuji,
Muhammad,
seperti biasa,
aku telah teringat kau lagi. :)
ceritanya tak pernah senang, ceritanya tak pernah mudah. sebab ini cerita aku dan dia, memang punya isi plot yang susah payah.
p/s: jangan persoalkan aku, persoalkan diri kau dahulu.
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
mengingatkan aku pada lagu warkah.
entah kenapa . .
hurm..-
Post a Comment