08/10/2009 23:41:00
Tentang cerita hati rabak aku
gesaan apa yang dirasa diri ini?
sesuatu yang kuat, itu yang pasti.
selama ini aku meragu,
di sana, adakah yang membaca?
di sana, adakah yang mendengar cerita?
cerita karangan lapuk aku,
cerita cinta yang tak kesampaian aku.
haha.
lucu aku rasa pada mulanya.
namun terasa senang bila karya aku mula memenang,
menang hati kau,
menang jiwa kau,
memang kau.
tapi tidak dia.
adeh. haha.
ia masih boleh dikira lucu,
pada aku.
di laman myspace, dia pinjam bisik aku.
di laman blogspot, dia kepilkan puisi aku.
itu kata-kata aku,
kau suka,
aku pula suka bila kau suka.
tolong aku adili diri,
bicarakan apa yang kau rasa pasti.
aku mahu menulis rayu-rayu,
aku mahu kongsikan cerita aku,
aku mahu publish satu buku,
apa kau rasa tentang itu?
konsepnya tentang cerita hati rabak aku,
namun tajuknya masih buntu-buntu,
penulisannya masih dalam rancang-rancang dulu.
itu buku, bukan dicipta saja-saja,
ia dilahir untuk kamu,
biar boleh kau tatapkan saat perlu,
biar boleh kau hidangkan untuk santapan ragamu.
kita semua suka puisi jiwa kan?
p/s: itu soalan.
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
i have already told you; to give your life a chance, for once. your life is not about him. its about you. So, go on with your plans, of publishing books, expressing those feelings with your arts of writing. I'll be your shoulder in every and any way, my dear roomy:)
p/s : soalan kegemaran annur razali : itu adalah soalan ke penyataan, syidot?hahahhaha
erm..
mahu buat buku..??
buat shj.
krn kau ada seni yg tinggi,.
aku percaya ,
bukan shj "dia" yg akan menatapnya..
malah semua akan terpesona akan keindahannya..
tanya diri,
ape yg nak kau capai dgn seni yg kau miliki.
jika itu mahu kau ,
lakukan shj..
Post a Comment