famouslastwords

Friday, September 25, 2009

Aku celik hari ini

25/09/2009 11:26:00 AM

Aku celik hari ini

aku celik hari ini,
aku pegang tangan sendiri, kasar, tak lembut lagi.
aku mula fikir mengapa, fikir dan fikir.
aku sudah tua, haha.

suami,
tangan saya sudah kasar, sikit hari lagi mungkin akan mula berkedut, pecah kulitnya.
maaf, usia saya tak pernah menurun,
maaf, masa saya tak pernah berhenti.
tapi, saya masih ada senyuman yang paling manis kan? :)

aku mula rasa bukannya aku makin me-muda.
banyak benda yang masih tak kena, aku perlu ubah.

jadi tadi aku mula ubah semua,
ubah cara,
ubah persekitaran,
ubah benda.

aku kini mula berdiam dan jarang berkata, hanya senyum dan kenyit mata.
aku kini mula berhabis masa dalam realiti sediakala daripada alam mutual maya semata.
aku kini telah ganti abdul assan(recording) dengan ahmad nada teristimewa.

tentang hati pula,
i am healing,
i am better,
hati yang rabak aku telah salotip semula, haha.

suami,
hati saya pernah koyak, sakitnya sudah mula menghilang, tapi parutnya susah mahu padam.
maaf, ini bukan hati suci yang diberi,
maaf, ini cuma hati lama yang baru dicuci.
tapi, saya masih ada senyuman yang paling manis kan? :)

aku mula kembali ke annur razali dua tahun yang lepas,
yang menyendiri,
yang mencari,
yang tulis surat untuk diri sendiri.

aku mula suka keadaan sekarang,
and fyi,
i have major crush on classic music, again, like the old days.
and i've mastered canon pachelbel already, but still, having trouble with the tempo.
now i'm working myself with fur elise,
adore him, beethoven.


fur elise

i am not good in music.
i am tone deaf.
i learn music by eye and not by ear.
and i don't know how to read the music notes either.

suami,
saya sangat lambat dalam belajar sesuatu, lama, susah mahu tangkap.
maaf, perlu bersabar banyak untuk ajar saya,
maaf, perlu perlahan-lahan tunjuk pada saya.
tapi, saya masih ada senyuman yang paling manis kan? :)

suami,
saya serba tak cukup, tak sempurna.
maaf, saya makin tua,
maaf, saya punya hati koyak,
maaf, saya lambat belajar,
maaf.

tapi, awak perlu rasa bertuah,
kerana awak telah punya seorang isteri yang masih ada senyuman yang paling manis di dunia, haha. :)

aku masih belum berkahwin,
belum bersuami.
segala apa yang ditulis di atas sana, tidak akan aku cakap ke dia,
cukup ia kekal di sini,
jika dia sudah tahu, maknanya sudah dia baca ini.

dalam hati tiba-tiba kata,
"mungkin saja suami saya adalah antara kamu orang yang membaca, sudah."

aku belum tekan post,
syakila; sepupu yang masuk air,
tekan scroll dan baca dari mula sampai habis.

dia tanya, "kenapa cerita pasal suami?"

aku gelak pastuh kata, "haha, saja-saja."

aku pun dah tak tahu, entah dah kenapa?
yang pasti aku kahwin lambat lagi, haha.

p/s: aku minat musik country.

By: [thatreservedgirl]

2 comments:

johnny said...

bole aku belajar menulis dengan kau?

annur razali said...

untuk arham:

aku charge by hour, setuju? haha