18/09/2009 10:17:00 AM
Belum tiba
kalian-kalian,
ingin aku kata, ingin aku jawab pada yang bertanya,
aku rasa saatnya masih belum tiba,
takkan tiba harapnya.
aku tak letih, jujur aku rasa,
aku masih mahu saban hari menunggu dia,
aku tidak rela, tidak beri keizinan pada diri untuk melupa,
aku menafi diri sendiri dari mula beri ruang untuk me-redha,
tapi,
aku rasa aku telah bersedia untuk kata,
pergilah lah kau ke bulan,
terbang lah kau ke luar gapaian,
kini, kau benar-benar aku lepaskan.
namun,
andai kau penat dengan kehidupanmu,
mahu menangis, mahu mengadu,
mari sini, singgahlah padaku,
katakan apa saja yang kau mahu,
akan kau aku tenangkan,
akan kau aku dengarkan.
dan,
bila sudah rasa lega hatimu ,
terbanglah kau kembali ke bulanmu,
berhiduplah kau semula dengan duniamu,
aku tak halang, aku lepaskan kepergianmu,
kau tahu mana mahu cari aku,
kau tahu bila kau rasa ia perlu.
wahai kau si pemegang hati,
bilamana kau perlu pergi,
sila tinggalkan memori itu disini.
ya,
aku masih lagi mengharap pada dia,
masih lagi teruja gelabah tak semena, bila tersua dia di sri laksamana,
masih lagi tersenyum riang berseri segala, bila terlihat dia online di ruang maya lajunya,
masih lagi melonjak gembira, bila mendapat perkhabaran hidup terbaru darinya,
masih lagi terasa tinggi tiba-tiba, hanya dengan membaca utusan-utusannya yang lama,
dan masih lagi berdoa yang akan tiba suatu masa, ditakdir tuhan yang dia akan aku punya semula.
aku tahu apa yang aku sayang,
aku tahu aku hanya sayang dia seorang.
Muhammad,
jaga diri, jaga baik-baik.
terdiam.
the click five-the reason why,
"I know we're moving fast
We're running from the past
I'm holding on before it fades away
Could it be that maybe it's our first mistake
And Baby that's alright
It's crazy how we lost ourselves tonight
There's a reason why
They say that we should give it time
But time is not enough
And that's the reason why
When you're young, you fall in love"
p/s: moga saja kau tahu, tiada yang mampu mencinta kau seperti aku.
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
terdiam.
terdiam.
Post a Comment