14/09/2009 19:00:00 PM
Rasional-ku
aku kerap mengelamun sekarang.
jalan mengelamun, belajar pun mengelamun, haih.
bila sudah di awang-awangan; kaki tersadung, jari hentak batu, tangan diluka pisau, jaris manis dihempap pintu, matematik kelaut, java blank habis, otak merewang seluruh pelusuk global, cari tempat pelampias perasaan barangkali.
kadang-kadang aktiviti ini lasted sampai berjam-jam, paling kurang pun lima minit setiap hari, mengelamun dan mengelamunlah lagi, hurm.
bila dalam lamunan; akan rasa tinggi, jauh, selesa.
bila sudah terhenti; akan rasa jatuh, sakit, letih.
inilah sebabnya, mengapa aku suka berfantasi dari menghadap realiti sekarang.
realiti aku cukup dull dan bosan weyh, repetition setiap hari.
mungkin aku perlu rasa sesuatu yang baru,
yang boleh bawa aku keluar dari sesatan ini,
bagi aku alasan untuk jantung ini terus berdegup, bagi sekarang.
alasan untuk berhidupan, alasan menidak kematian. :)
aku perlukan semula rasa rasional-ku yang telah hilang, aku perlukan rasa itu segera, penting.
p/s: bukan alasan yang berunsur hipokrasi aku cari.
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment