famouslastwords

Saturday, September 26, 2009

Jangan

26/06/2009 19:36:00 PM

Jangan

kau jangan minta apa-apa dari aku lagi, jangan.
dan jika saja kau berani minta,
aku takkan pernah beri, takkan pernah bagi,
kau ingat aku nak kasi, jangan harap.

dan terima kasih untuk sakit dan lebam ini, terima kasih banyak-banyak,
semua luka yang fizikal boleh hilang,
tapi sakit yang dalam diri ini?
jangan kau harap ia akan padam, jangan harap.

katakan aku berdendam, cakap saja,
ini janji aku,
kau takkan pernah aman jika terus berhidupan begitu,
tak akan,
percayalah.

kau mahu hidup dengan orang?
dipersilakan,
nasihat aku untuk mereka-meraka yang mahu berhidupan dengan kau, jangan.

abuse-lah sampai kau lega,
pukul-lah sampai kau penat,
kau sendiri tahu yang manusia tak akan pernah puas,
tapi mengapa berhenti bila kau masih lagi boleh menyakiti?

aku tak mahu jadi manusia bodoh,
dan kau yang dah memang kurang pandai, kau pilih untuk kekal kurang pandai,
teruskan, silakan,
aku tak mahu campur tangan.

aku tak menyesal tolong kau,
aku cuma menyesal yang kau tak pernah belajar dari kesilapan,
walau kau dah tengok beribu kali yang benda ini pernah berulang,
kau tak tahu makna sejarah,
sekarang kau tengah mengulanginya.

papehal,
terima kasih.

p/s: ini bukan seperti jangkaan anda-anda yang membaca, jadi, jangan sangka apa-apa, tak tahu tanya. :)

By: [tahtreservedgirl]

4 comments:

annsr said...

seram baca . huhu
fiksyen atau benar ?

annur razali said...

untuk aini:

benar semata, haha, tolong percaya?

annsr said...

ok , ok , pecaye dah . ;]

annur razali said...

untuk aini:

haha