famouslastwords

Thursday, September 17, 2009

Wahai buku cerita

17/09/2009 03:50:00 AM

Wahai buku cerita

wahai buku cerita,
aku ada dua berita mahu dikhabarkan.

berita pertama,
aku sudah siap mengarang ctu tercinta.
karangannya aku gemar baca, dan aku benar-benar gembira.
bolehlah nanti beraya dengan senang hati tanpa perlu risau kerja.

berita kedua,
aku tak boleh lena-lena.
jadi aku bantai batang buruk dan burger ghanimi sampai dah serupa ular sawa.
ym-ku masih dibuka, ayuh borak sampai subuh menjelma?

thatreservedgirl@yahoo.com.my

wahai buku cerita,
aku mahu kongsikan dua rasa.

rasa pertama,
lega.
bila kau tahu dia ada.

rasa kedua,
lega-lega.
bila kau tahu dia selalu ada.

aku tahu banyak benda hari ini, sesuatu memang boleh berlaku di luar jangka, tetapkan kawalan, jangan pecut arah lawan. masih ingat ayat kau, "api yang sedang membara jangan dinyala-nyala."

p/s: terima kasih. :)

By: [thatreservedgirl]

No comments: