famouslastwords

Tuesday, September 15, 2009

Hati yang kata

15/09/2009 12:44:00 PM

Hati yang kata

aku tarikkan langsir yang bawa sinar ultraungu itu masuk. kelam bilik ini, aku lebih selesa.
mari mula menulis, mari mula meluah semua.

tadi aku menangis, lemah sungguh rasanya. boleh saja aku berpura-pura dan cakap ini pada diri, "dia tiada apa annur, dia tiada penting untuk kau ni." tapi aku tahu aku tipu, aku tipu diri sendiri lagi.

kau penting, kau sangat penting, penting dari semua yang penting!

sekarang,
jiwa aku sakit, hati aku sakit.

bergenang kembali, haih.

aku teringat waktu singkat kita, waktu aku lupa tutup jendela kereta, dan kau yang di tempat drebar, cuma senyum sambil cuba memusing roda tangan, pusing sampai tertutup semua kaca.

dan aku teringat masa kita cuba melintas jalan bersama, kau hulur tangan dan kata, "tiada siapa kenal kita disini," aku menahan diri untuk sambut, tapi aku mula mengagumi kau sejak pertama kali.

dan aku teringat bilamana kau buka pintu kereta sebelah kiri, dan kau kata, "aku sayang kau," terang intonansi, aku tersangat mahu dengar itu lagi, aku merayu ni.

dan aku teringat semula apabila kau datang bersama si putih empat roda, tengah malam buta di kawasan kamar lengkap ruang tinta, cuma bertujuan mahu beri dua peket jajan yang kau suka, greenpeas dan muruku besar, aku tak akan boleh lupa, aku makan malam itu dengan penuh gembira.

dan aku teringat waktu aku buntu tak tahu mahu kata apa, aku ada paper besar yang boleh buat ranap pointer pertama, tiba kau datang melalui kertas utusan seorang rakan, bagi aku semangat untuk terus kembali semula berjuang.

dan aku teringat waktu kau asyik menjelma dalam mimpi sehari-hari, waktu di mana masa-masa yang dihabis bersama kau terulang dengan sendiri, mimpi mahupun realiti, kau tetap ada tempah tempat penting dalam diri aku ini.

adakah kau masih ingat lagi? tolong jangan kata yang kau telah lupakan, sebab aku tahu kau tak lupakan . . . . aku harap kau tak lupakan.

katakan aku seorang yang bodoh, katakan aku seorang yang terdesak, katakan aku seorang yang buta-tak-nampak.
aku di sini hanya senyum pahit, sebab hanya aku tahu bagaimana rasanya.
sungguh indah, melangit sayang, mencipta mimpi mendatang, kau buat aku rasa tinggi, cukup.

kau terhebat yang pernah aku punya,
kau terbaik yang pernah aku ada,
kau, semuanya kau, cuma kau.

kejap, beri aku masa. mukus ini tak mahu berhenti.

lama, lama rasanya.

pagi tadi aku selak mesej kau lagi, mesej lama yang kau beri. indah, aku bersenyum, senyum tak berhenti. kemudian aku menangis, menangis lagi, tewas.

inikah maknanya cinta mati?

kursor aku tunggu jawapan, tiada. betul-betul tiada, jawapannya bukan pada aku mungkin.

oh tuhan, sila bagi aku kekuatan, aku tak cukup kuat hari ini, bagaimana. aku cuba berhidup tanpa dia, aku gembira tapi tiada makna, aku ketawa tapi itu cuma pura-pura, aku seperti telah hilang hati dan jiwa, semua aku sudah bagi pada dia.

aku seorang ego untuk mengaku,
konfensi yang aku lakukan ini adalah kerana aku dah tak boleh menahan lagi,
menahan otak yang memikir,
menahan mulut yang menyebut,
menahan tangan yang menulis,
dan yang paling berat,
bila perlu menahan hati yang makin terhiris.

hebat sungguh dugaan ini, mengapa perlu sekarang, mengapa perlu kini?

haih, apalah sikap aku yang cuba mempersoal hal takdir tuhan.

aku sememang lemah, lemah dengan cubaan.

kadang aku bertanya,
"apa pernah dia mengingat aku sepertimana aku mengingat dia?"
"apa pernah dia perlu aku sepertimana aku perlu dia?"
"apa pernah dia cinta aku sepertimana aku cinta dia?"

dan dalam diri pula, mula membuat jawapan sendiri untuk dia,
"dia ingat, dia perlu dan dia cinta kau sama sepertimana kau rasa pada dia."
"dia tinggalkan kau kerana terpaksa."
"dia mahu kau hidup dalam dunia kau semula."

ikutkan rasa, mahu saja aku bertemu dia dan kata;
"aku mahu kau sekarang, tiada selain itu."
"sila beri aku harapan semula, walaupun ia palsu."
"mohon kau kata ini cuma mainan mahu menguji cinta aku."

tidakkah kau nampak hanya aku saja yang betul-betul mahu melakukan ini,
hanya aku saja yang jujur mahu kau disini.

katakan apa saja,
aku turutkan,
aku beri,
aku usahakan.
sebab sekarang bila tanpa kau,
aku sepi, aku terasa mati.

dan jika saja kau baca ini,
aku cuma mahu kata yang aku teringat kau lagi,
entah untuk kali yang ke berapa hari ini.

awak lelaki,
awak si pencuri cinta saya,
awak si penyamun jiwa saya,
awak si peragut udara saya,
sila jangan ranapkan satu-satunya milikan rasa saya, hidup saya.
dan ini hati yang kata.

oh tuhan,
jika memang bukan aku untuk dia,
aku mohon,
kau utuskan yang terbaik baginya,
paling terbaik yang kau ada,
gadis yang elok hatinya, gadis yang setia,
gadis yang boleh menjaga perasaan dia,
gadis yang boleh menyedia segala perlu dia,
gadis yang hebat, gadis yang paling kurang cela,
agar akan tetap dia bahagia sentiasa,
amin.

p/s: mengapa perlu rasa begini.

By: [thatreservedgirl]

6 comments:

Sufee Yusli said...

be strong. Allah tu Maha Adil. Semua terjadi ada sebab. Memang senang org nak nasihat, but it's true ape yg diorg kate. Except 4 d bad ones la.

When you're feeling so low that you cant even held up your head, have faith because you're nearing His gift.

Sufee Yusli said...

be strong. Allah tu Maha Adil. Semua terjadi ada sebab. Memang senang org nak nasihat, but it's true ape yg diorg kate. Except 4 d bad ones la.

When you're feeling so low that you cant even held up your head, have faith because you're nearing His gift.

acap said...

be strong...
cekalkan hati ..insyaAllah dia akan kembali kepangkuanmu..

indah bahasa..sayu aku membacanya

annur razali said...

untuk sufee:

terima kasih, membantu, :)

annur razali said...

untuk acap:

berdoa saja, :)

Anonymous said...

inilah yang dinamakan takdir. takk boleh nak ckp mcm mane. sabar ye, kakak!