16/09/2009 18:40:00 PM
Bukan itu yang aku gerunkan
hari ini saja ada dua test tiba-tiba. bukan sebab pop-up test atau apa, cuma test itu aku jawab dalam keadaan tidak bersedia. tiada ilmu di dada pendek cerita.
"noe, nanti ajar aku java"
aku senyum lama dan kata, "em"
"hari ini ada test"
"kenapa aku tak tahu? haha, sebab aku tak suka ambil tahu ye tak?"
sambil lewa atau tidak kesah, mana-mana satu kau boleh judikan, tiada beza.
dan tadi lepas sampai ke bilik, mengelamun sebentar. fikir apa mahu dibuat untuk isi masa. si Q cinta hati saya tidak dibelai sejak 12 jam yang lepas, haa, berkeinginan mahu belai seketika. on plug, fuc* **** ****, tiada elektrik, bagus, suka gila saya, :D
lari ke bilik study, gian punya pasal, layankan saja.
baca sorotan cerita semalam, cerita sendiri, baca dua kali, hiba sekejap, kurang rasa.
flashback tiba-tiba;
"kau stop fikir pasal dia boleh?"
"tak habis-habis,"
"dia dah mula dah,"
"cerita pasal bende lain, tolong,"
rakan-rakan, mahu tahu apa saya paling gerunkan sekarang?
test akaun kantoi?
tak cukup takut.
asaimen ctu di-reject?
kurang tepat.
cgpa?
oh tidak, tidak untuk sekarang.
bukan itu yang aku gerunkan, bukan dalam masa terdekat ini. sebab yang dalam otak sekarang, cuma berfikir hal yang satu itu, melampaui hal diri, hal hati.
apa yang aku gerunkan,
paling gerunkan?
bilamana tiba masa yang aku sudah benar-benar letih,
bila aku tak larat lagi mahu menunggu dia,
bila aku sudah mula mahu melupa,
bila aku sudah mula rasa redha,
dan bila aku bersedia untuk kata,
"pergilah lah kau ke bulan,
terbang lah kau ke luar gapaian,
kini, kau benar-benar aku lepaskan."
andai betul akan tiba saat itu,
andai betul sudah hampir,
aku gerun mahu bersemuka,
aku gerun mahu menghadapinya.
aku mohon pada yang di atas sana, kau panjangkanlah ruang masa.
wahai kau si pemegang hati,
andai memang perlu kau pergi,
mohon jangan kau bawa hilang memori ini sekali?
janji ya? :)
aku paksakan diri untuk tidak melupakan,
aku paksakan diri untuk tidak meninggalkan,
aku paksakan diri selagi belum saat itu dihadirkan,
aku paksakan, aku memaksakan.
p/s: belum tiba saat itu. harap jangan pernah tiba saat itu, saat yang aku gerunkan.
By: [thatreservegirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
kagum membaca.
sangat kagum membaca nya juga.
Post a Comment