11/09/2009 00:32:00 PM
Jika saja fasa itu mampu berulang
jika saja fasa itu mampu berulang, hurm. fasa di mana, rasa itu paling banyak, mimpi yang paling kurang, realiti yang melebihi jangkauan, aku mahu itu semula, mahu sangat. :(
pelita dah dipasang kat bawah, ruang kereta baiduri, cantik weyh, mood raya mula bercambah-cambah, haha, cepat sungguh masa berjalan, haish, hati nak main bunga api, tak sabar :D
aku mula rindu masa dalam perjalanan pulang ke kampung, kuala pilah mahupun layang-layang, ayah akan buka radio dan bila lagu "balik kampung, ooo, balik kampung, hati girang, ooo," keluar, kami akan cepat-cepat turunkan tingkap, biar angin langgar muka, dan menyanyi macam feeling habis, haha. :D mereka-mereka di sekeliling akan mula pandang pelik atau sesetengah akan mula ketawa sinis. masa itu kami tak kesah, sekurang-kurangnya, aku tak kesah.
aku belajar yang kalau kat highway, sangat bahaya kepala letak keluar.
dan aku mula rindu masa panjat pokok rambutan terbantut kat rumah wan, yang punya buah rambutan merah manis gila, haha, pastuh kami akan main pondok-pondok dan bajet macam ada rumah pokok, dan akan keluarlah dialog macam, "kau pergi keja, aku duduk rumah," lol. mainlah kami dari pagi ke tengahari, break kejap, pastuh sambung dari petang sampai ke maghrib, tak berhenti sehingga atok panggil suruh masuk rumah, buka puasa. masa itu kami mahu terus main, sekurang-kurangnya, aku mahu terus main.
aku belajar yang rumah pokok telan kos yang mahal.
dan aku mula rindu masa mandi kat sungai dan kami mula berimaginasi bina macam-macam guna tanah liat kelabu yang dijumpa di tepi-tepi tebing bawah jambatan. entah jambatan itu masih ada atau tidak, hurm, kami akan berebut siapa dapat bina paling banyak adalah yang paling terer. mak pun dah risau dan cakap, "dah naik semua, jangan rendam lagi," sebab masing-masing dah beku, kaki tangan dah lembut, pergh. masa itu kami mahu terus berendam, sekurang-kurangnya, aku mahu terus berendam.
aku belajar yang daun keladi tak lut air.
dan aku mula rindu masa kami main bunga api banyak jenis, bunga api besi atau bunga api jalur merah, atau lagi bahaya, bila abang kenalkan mercun gasing, "kau perempuan tak boleh main," katanya, aku tak puas hati, jadi aku curi satu dua, nyorokkan dalam kainbaju. sampai habis raya tetap aku tak berani bakar bila makcu buka cerita "putus jari, raya di hospital." tapi next raya, bila dah besar sikit, aku dah boleh masok geng, aku berjaya bakar satu, ligat gila dia pusing, dan jari aku tak putus, lulus untuk jadi ahli tetap, haha, jadi kami bakar dan bakar sampai stok abang habis, maaf weyh. :D makcu tak kasi main bakar-bakar jenis mercun gasing itu lagi tapi kami tak peduli. masa itu kami mahu terus bakar, sekurang-kurangnya, aku mahu terus bakar.
aku belajar yang meriam buluh lagi power dari meriam semen.
kampung telah ajar aku macam-macam, dan alangkah baik jika saja fasa itu mampu berulang, hurm. aku cuma harap anak-anak aku nanti akan sempat juga merasai fasa itu, fasa yang aku rindui, :)
p/s: aku mahu kahwin dengan budak lelaki kampung.
By: [thatreservedgirl]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


5 comments:
Mood aku memang dah raya since last two weeks weh! harap fasa terindah itu berulang pada syawal kali ini. selamat hari raya maaf zahir batin, roomy :D
untuk shipipi:
kau sempat juga online kan budak kecik, :D, raya batu pahat boleh tengok wayang, haha, terbaik kot weyh
p/s: aku mahu kahwin dengan budak lelaki kampung.
haha ! terbaik oh ! (^o^)
untuk aini:
doakan weyh saya dapat apa yang dihajat, haha, :)
untuk azfar:
kau kor apa doe rabu, aku kor khamis doe, gila tak aci.
Post a Comment